Selalu sahaja saya memikirkan , Bagaimanakah kehidupan sebagi seorang golongan religius? Setiap kali saya ke gereja, saya amat teruja dengan para paderi yag memerikan Misa. Saya amat kagum, Hati saya sungguh bersyukur pada tuhan , walaupun mereka juga mempunyai keinginan seperti manusia biasa di dunia , namun kesanggupan mereka untuk berjorba untuk melayani dengan lebih mendalam di lading tuhan membuatkan saya terasa amat kagum.
Suatu masa dulu, saya juga mempuyai perasaan yang tinggi untuk melayani di lading tuhan sepertimereka. Perasaan itu teramat kuat, seperti Yesus sedang memanggil saya. Dan saya sentiasa rasa terpanggil. Saya pernah meluahkan hasrat saya terutamanya kepada kawan2 saya, dan sokongan penuh mereka berikan. Saya amat gembira sekali. Saya juga menyatakan hasrat saya kepada ibu bapa saya, namun sebaliknya, mereka menghalang. Walaupu ada yang menyatakan agar saya tida menghiraukan kata-kata ibubapa, namun, kuasa ibu bapa adalah yang terbesar bagi saya. Saya adalah seorang pendosa jika saya melukai hati mereka. Saya tidak sanggup untuk berbuat demikian. Jadi, saya terpaksa menahan dahulu terhadap perasaan panggilan dalam diri ini. Biar lah hanya tuhan yang menentukan samada saya benar-benar mempunyai panggilan ataupun tidak, Kerana jika Tuhan telah merencanakan demikian, maka, demikian lah yang akan dijadikan.
Shallom,
Bossing
No comments:
Post a Comment