Monday, February 18, 2008

Saya adalah Pendosa

Saya Pendosa,
Kita idak akan lari daripada dosa –dosa dunia, Seperti saya, dala keadaan tidak sedar, saya sentiasa melakuka dosa. Sebenarnya godaan untuk menjadi pendosa adalah amat kuat sehingga kita tidak dapat menahan diri kita. Baru-baru ini, saya telah mengikuti retret, harapan saya adalah agar saya dapat mengubah sedikit diri saya Namun, keadaan adalah sebaliknya. Kesedaran itu hanyalah dalam masa yang singkat sahaja. Selepas beberapa hari, saya mula kembali kepada dosa-dosa yang bolaeh dikatakan sebagai dosa besar. Saya tidak sanggup, kerana bukan sahaja saya yang menanggung dosa ini, malah turut juga membabitkan seseorang. Aduh! Berat untuk saya menahan semua godaan ini. Saya yang sepatutnya ingin mengubah dia, saya pula yang membawa dia ke dalam dosa. Saya susah untuk mengawal diri saya. Saya pun tidak tahu bagaimana caranya untuk mengawal diri saya. Patutkah saya menjauhkan diri, patutkah saya menghilangkan diri buat sementara waktu, itu menadi pertanyaan dalam hati saya. Apa yang perlu saya lakukan, ? sebenarnya, saya inginkan seorang kawan yang benar-benar boleh dipercayai untuk saya meluahkan semua ini. Selagi saya tidak luahkan semua ini, selagi itulah saya sentiasa tertekan dan masuk dalam alam dosa. Saya ingin mencari suatu tempat yang saya boleh menenangkan fikiran saya kerana pada masa ini, saya benar benar keliru..Tuhan, bantulah saya…Amen…

No comments:

Newer Post Older Post Home