Cabaran kita.
Ada orang-orang Kristian yang berkata bahawa lebih baik tukar agama kerana mengalami berbagai bentuk penindasan dan ketidak-adilan daripada orang-orang tertentu yang berada ditapuk kekuasaan. Meskipun perkara ini tidak dilakukan secara terang-terangan tetapi secara tersembunyi dan secara halus. Namun ia tetap membuat kita sakit hati, geram, marah dan kecewa.
Misalnya yang dialami oleh beberapa orang Kristian. Meskipun mereka mempunyai kecekapan, kepakaran, pengalaman yang luas, dan berkelayakan tinggi tetapi kerana mereka orang Kristian maka didalam hak kenaikan pangkat mereka diketepikan begitu saja. Mereka tidak dinaikkan pangkat. Kalau ada pun, dekat-dekat mau pencen kira-kira didalam lingkuangan satu atau dua tahun barulah dinaikkan pangkat; Orang-orang Kristian juga mempunyai peluang yang kurang untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi(IPT). Demikan juga didalam hal mendapat biasiswa. Harapan mereka adalah agak tipis. Kenapa? Kerana orang-orang yang berkuasa mempunyai sikap yang pilih-kasih. Mereka biasanya lebih cenderung memberi keutamaan kepada orang-orang yang sebangsa dan seagama dengan mereka. Bukankah ini satu bentuk penindasan dan bukti ketidak-adilan?
Walau bagaimana tidak semua orang mereka bersikap seperti itu. Kerana ada juga orang-orang mereka yang baik dan bersempati dengan nasip orang-orang Kristian. Lalu memberi bantuan dan sokongan yang iklas seseuai dengan semangat keperimanusian dan keperhatinan kepada sesama manusia. Namun jumlah mereka tidaklah begitu besar.
Yaa....memang orang-orang Kristian banyak godaan, cabaran dan tentangan. Meskipun begitu, kita tidak boleh berputus asa lalu mengambil jalan yang senang dan mudah dengan bertukar agama. Kita mesti bertahan sehingga akhir hidup kita didunia ini.
Kita mesti ingat dan sedar bahawa Tuhan Yesus pernah berkata"Jikalau dunia membenci kamu, ingatlah bahawa ia telah lebih dahulu membenci Aku daripada kamu"(Yohanes 15:18). Sebab itu bertahanlah. Pertahankan iman Kristianmu, meskipun dipandang rendah oleh orang lain. Kerana apa yang penting ialah bukan kebahagian duniawi tetapi kebahagian yang kekal di akhirat nanti.
Sebab itu, janganlah gara-gara tidak mendapat layanan yang istimewa didunia ini, kita menyangkal dan meninggalkan Tuhan Yesus. Ingatlah Dia adalah satu-satuNya Penyelamat umat manusia yang dihantar oleh Allah Bapa yang Maha Kuasa. Jestru itu, marilah kita bertahan dan menjadi orang-orang Kristian yang tabah, kuat, dan setia sampai selama-lamanya. Meskipun menghadapi berbagai tentangan dan cabaran daripada pihak-pihak yang tertentu yang tak seiman dengan kita. Marilah tetap bersabar dan sentiasa mengampuni mereka kerana membenci kita.
Biarlah mereka "membenci" kita dengan perbagai bentuk dan cara. Yang penting, kita tidak membenci mereka kembali. Kerana kita berpegang kepada pengajaran Tuhan Yesus yang berbunyi: "Kasihilah musuh-musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamau. Kerana dengan demikianlah kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di Surga...(Matius 5:44-45).Amin.
No comments:
Post a Comment